Skip to main content

Malaysia

Banjir: Satu PPS dibuka di Bau

81705586530_BanjirBukitRaja.jpg
KUCHING: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kampung Segong, Bau kira-kira 30 kilometer (km) dari bandar raya Kuching di sini bagi menempatkan mangsa banjir, susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.

Sementera itu, proses pemindahan mangsa banjir di kawasan Kampung Sinar Budi Baru dan Stapok di Kuching sedang dijalankan setakat 10 pagi ini.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video