HULU LANGAT: Jamzuri Sarijo nampak keletihan ketika duduk terpaku merenung tapak kediaman pusaka keluarganya di Batu 18, Kampung Jawa di sini, selepas struktur rumahnya hilang dibawa arus dalam kejadian banjir besar yang melanda Lembah Klang, Sabtu lepas.
Ketika dihampiri penternak lembu berusia 49 tahun itu berkata rumah pusaka berusia 70 tahun milik neneknya itu hanyut dibawa arus banjir dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam, Sabtu lepas, dan beliau hanya mampu melihat sahaja.
"Sebelum kejadian saya sempat menyelamatkan isteri dan tiga anak yang berusia enam hingga 16 tahun ke kawasan bukit berhampiran untuk berlindung.
"Ketika itu, air sudah paras dada, apabila saya nak kembali untuk ambil dokumen penting, saya lihat rumah kayu kami itu hanyut di bawa arus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.
Jamzuri berkata banjir kali ini antara terburuk yang pernah berlaku di kampung itu, yang sebelum ini turut berlaku banjir namun tidak menjejaskan harta benda.
Tinjauan Bernama mendapati persekitaran kampung itu jelas menampakkan kawasan yang rosak teruk akibat bencana alam, dengan ada beberapa kenderaan terbaik, tersadai, struktur rumah rosak, malah ada yang beralih dari tempat asal.
Selain itu, laluan masuk lebih 18 kilometer ke kawasan perkampungan itu tidak ubah seperti kawasan baharu diteroka manusia kerana jalan itu dipenuhi selut dan tanah yang dibawa arus banjir.
Turut terjejas, Ahmad Zamri Daud, 55, yang kerugian hampir RM80,000 apabila rumah dah bengkel besinya di tengelami air.
"Kejadian berlaku dengan pantas, tiada apa yang saya dapat selamatkan...kesemua peralatan di bengkel rosak sepenuhnya.
"Air hanya surut petang semalam, apabila saya lihat semua barangan dalam rumah dan bengkel yang penuh dengan selut... saya hanya terfikir bagaimana nak mula semuanya balik," katanya yang berharap isu banjir di Kampung Jawa dapat ditangani pihak berkuasa dengan kadar segera.
Kawasan Hulu Langat seperti Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Kawasan Hulu Langat seperti Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Selangor. -Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.