BATU PAHAT: Banjir di Johor semakin surut dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) ialah 21,127 orang di dua daerah setakat 8 pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), terdapat penyusutan angka mangsa banjir berikutan ramai yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berbanding 23,663 orang pada malam tadi.
JPBN memaklumkan sebanyak 83 PPS masih dibuka di dua daerah yang terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.
"Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga yang ditempatkan di 81 PPS.
"Di daerah Segamat pula masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua PPS," menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan juga, cuaca di semua 10 daerah setakat pagi ini dilaporkan cerah serta tiada sungai yang berada pada paras bahaya.
Bagaimanapun, terdapat lima jalan yang masih belum dibuka sepenuhnya dengan hanya kenderaan berat yang dibenarkan melalui jalan berkenaan.
"Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi) dan Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan).
"Turut ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal)," menurut jawatankuasa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Cuaca di semua 10 daerah di Johor setakat pagi ini dilaporkan cerah serta tiada sungai yang berada pada paras bahaya. - Gambar fail
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.
[TERKINI] Putin, Anwar bakal bincang perkukuh hubungan
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual berbincang bagi mengukuhkan hubungan dua hala, meliputi isu politik, perdagangan serta kerjasama antarabangsa melalui BRICS, ASEAN dan OIC.
Kenderaan Berat terus ‘makan nyawa’- rapuhkah penguatkuasaan undang-undang?
Sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan, sekali lagi mencetus persoalan: sejauh mana selamatnya jalan raya kita daripada kenderaan berat yang cuai atau uzur? Buletin AWANI 12 tengah hari bersama Tan Sri Lee Lam Thye mengupas isu penguatkuasaan, penyelenggaraan, dan nyawa yang terus menjadi taruhan.
[TERKINI] Pemandu lori batu kerikil direman empat hari
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. Bakri ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.
Nahas trak FRU: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
Nahas trak FRU: Jenazah Akmal Wafi selamat dikebumikan
Lebih 300 terdiri daripada aggota keluarga, penduduk setempat, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Konstabel Akmal Wafi Anuar, 27 tahun yang maut dalam nahas semalam.

Nvidia bekal cip kepada syarikat Arab Saudi Humain untuk kilang AI
Huang mengumumkan kerjasama strategik bersama Humain itu pada sebuah forum pelaburan yang diadakan bersempena lawatan tersebut.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

Selangor rangka pelan induk air, tangani isu berbangkit secara holistik - Amirudin
Selangor ketika ini sedang merangka pelan induk air bagi menangani isu berkaitan bekalan air jangka panjang, pencemaran serta penyelesaian masalah banjir di kawasan tertentu.

Mangsa banjir di Sabah kekal 695 orang
Sebanyak 325 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di daerah Sook.

Selangor kenal pasti 17 projek kadar segera atasi banjir di Klang - Exco
Datuk Izham Hashim berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di 13 kawasan berisiko banjir yang telah dikenal pasti antaranya di Meru dan Pandamaran.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang
Seramai 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS.

Darurat diisytihar di beberapa bahagian di New Zealand akibat cuaca buruk
Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell mengumumkan bahawa bandar Christchurch diisytihar darurat pada sidang media petang Khamis.

Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir - Fadillah
Katanya, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.

Banjir: Penduduk Jalan Kubu Gajah 24 risau jika hujan berterusan
Wan Hazirah berkata, kira-kira jam 5 pagi tadi dia terdengar bunyi hon yang kuat sebagai amaran hujan lebat di kawasan berkenaan.

Banjir kilat: Kolam tadahan pecah, 35 rumah di Saujana Utama terjejas
Menurut Komander Operasi, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan setakat ini.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.