awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir semasa PRU? Tiga hari akan datang sangat kritikal - Pakar Metereologi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/11/2022
13:00 MYT
Banjir semasa PRU? Tiga hari akan datang sangat kritikal - Pakar Metereologi
Tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiada apa yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat selain memberi respon segera jika banjir berlaku dalam masa terdekat, ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin hampir.
Pakar Metereologi, Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku.
"Kalau saya lihat apa yang sedang berlaku sekarang, elemen-elemen yang mungkin menyebabkan banjir besar memang sedang berlaku. Sama ada jadi atau tidak (banjir besar), dua atau tiga hari inilah penentunya dan kena diperhatikan
"Sekiranya banjir besar, akan ambil masa untuk respon dan proses pemulihan seperti yang kita lihat pada tahun 2014 dan 2021. Kalau jadi banjir besar, orang tak nak dengan kempen, mereka sibuk cuci rumah, fikirkan kerugian dan kemusnahan.
"Sekiranya sebelum 19 Nov tidak berlaku banjir besar, selesa sedikitlah. Tetapi kalau berdasarkan ramalan, kita hanya ada dua hari saja di mana ramalan cuaca baik.
"Jadi dua, tiga hari ini perlu diberi tumpuan," katanya ketika muncul dalam program Malaysia Memilih, pada Jumaat.
Tambahnya, wakil rakyat perlu memikirkan untuk menyediakan peruntukan besar bagi kawasan mereka yang terdedah dengan banjir kerana usaha mengurangkan risiko banjir bukan sahaja memerlukan masa yang panjang, tetapi juga kepakaran kejuruteraan yang hebat.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak menangguhkan PRU15 jika banjir besar berlaku.
Topic Berkaitan
#PRU15
#banjir
#ismail sabri yaakob
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan