awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Siapa yang 'sampah' sebenarnya?

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/12/2021
10:57 MYT
Banjir: Siapa yang 'sampah' sebenarnya?
Penduduk terpaksa menggunakan khidmat kontraktor luar untuk pembersihan sisa sampah pukal yang lebih cepat. - Foto Astro AWANI
HULU LANGAT: Keadaan pascabanjir sememangnya memberikan kesan yang besar di kawasan terjejas khususnya sisa sampah pukal tersadai yang memerlukan pembersihan segera.
Bercakap mengenai nasib mangsa banjir, keadaan ini merupakan situasi yang perlu didepani kesemua mangsa namun ia menjadi masalah sekiranya berlarutan sekian lama tanpa sebarang tindakan pantas.
Mengambil contoh situasi di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor di mana penduduk mendakwa proses pembersihan pascabanjir di kawasan itu dianggap perlahan.
Operasi pembersihan di Taman Sri Nanding yang menggunakan khidmat kontraktor luar
Operasi pembersihan di Taman Sri Nanding yang menggunakan khidmat kontraktor luar
Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir menyatakan, pihaknya telah menggerakkan sebahagian besar asetnya bagi memastikan timbunan sampah dapat diselesaikan segera.
“Kawasan Taman Sri Nanding contohnya kita dah tempatkan 48 lori RORO KDEB dan kita telah berusaha keras untuk pastikan semua sampah dapat dikeluarkan segera.
“Kita gunakan jentera kita sendiri termasuk 10 jentera pengorek untuk kutip semua sampah di kawasan kediaman.
“Operasi pembersihan di kawasan ini agak terganggu apabila kenderaan yang tersadai menghalang laluan keluar masuk taman jadi proses pembersihan mungkin ambil sedikit masa,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Bagaimanapun, penduduk mendakwa keadaan adalah yang sebaliknya.
Keadaan sampah pukal di Taman Sri Nanding yang dikatakan lambat diselesaikan
Keadaan sampah pukal di Taman Sri Nanding yang dikatakan lambat diselesaikan
Malah penduduk menganggap proses pembersihan agak lembab dan keadaan itu sebenarnya membuatkan mereka bertindak sendiri dengan membayar upah kepada syarikat luar. BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Menurut Hasbah Mat Dom, keadaan lebih mengecewakan apabila operasi pembersihan lebih pantas sekiranya wujud kehadiran pihak kenamaan di laluan tertentu.
“Pembersihan banyak di kawasan luar bila ada menteri datang, bila orang besar datang dia bawa lihat lokasi yang cantik tetapi hakikatnya kawasan kediaman kami masih belum selesai,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.
Luahan sama yang turut dilontarkan Mohd Aris Ishak, yang berpendapat, usaha sendiri yang digerakkan oleh penduduk setempat jauh lebih pantas.
“Agak perlahan sebenarnya, kalau dari pagi memang tak nampak berubah jika nak bandingkan dengan usaha kami sewa syarikat luar untuk bersihkan kawasan,” katanya.
Longgokan sampah pukal di kediaman penduduk yang dibimbangi membawa penyakit kepada penduduk
Longgokan sampah pukal di kediaman penduduk yang dibimbangi membawa penyakit kepada penduduk
Sementara itu, melihat kepada tindakan pihak ketiga yang lebih efisien, Zaiton Ahmad juga mengambil langkah sama apabila sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk kerja pembersihan di kawasan kediamannya.
“Bila tengok kawan-kawan semua dah selesai longgokkan sampah sarap di rumah, jadi kita pun ikut langkah sama, bayar kepada kontraktor luar untuk bersihkan kawasan,” ujarnya.
Itu antara keluhan yang disuarakan pihak penduduk berhubung situasi longgokan sampah pukal di kawasan kediaman mereka.

Kisah sepenuhnya akan disiarkan menerusi AWANI745 malam ini.
Topic Berkaitan
#KDEB
#pasca banjir
#sampah pukal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan