awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sultan Pahang titah masjid, surau lakukan solat hajat

Bernama
Bernama
01/12/2024
01:50 MYT
Banjir: Sultan Pahang titah masjid, surau lakukan solat hajat
Al-Sultan Abdullah bertitah, doa dipanjatkan kepada Allah agar negeri Pahang dilindungi daripada sebarang bencana dan berada dalam keadaan selamat sejahtera. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di negeri itu melakukan solat hajat, berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.
Baginda bertitah agar solat hajat ini dapat dilakukan selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib setiap hari.
"Solat hajat ini diadakan bagi sama-sama mendoakan agar dihindarkan banjir, bala bencana dan supaya Allah SWT mengangkat semua musibah dan sesiapa yang diuji dengan banjir, diberikan keselamatan dan kesabaran.
"Beta turut berdoa agar semua yang terlibat dengan banjir besar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah diberikan kemudahan, kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi musibah yang melanda," titah baginda dalam kenyataan di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah doa yang sama turut dipanjatkan kepada Allah SWT agar negeri Pahang dilindungi daripada sebarang bencana dan berada dalam keadaan selamat sejahtera.
Sehubungan itu, baginda bertitah orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati ketika musim banjir, menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga masing-masing dan menghindari kawasan berisiko seperti sungai dan laut bagi mengelak sebarang tragedi.
"Ibu bapa dan penjaga diingatkan agar sentiasa memantau dan menasihatkan anak-anak supaya tidak bermain di tepi sungai atau longkang berhampiran, kerana berisiko berlakunya perkara yang tidak diingini," titah baginda.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#solat hajat
#banjir
#Sultan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan