awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Bantuan tertumpu kepada empat daerah terjejas teruk - Polis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
20/12/2022
05:46 MYT
Banjir Terengganu: Bantuan tertumpu kepada empat daerah terjejas teruk - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua daerah tersebut terdiri daripada Hulu Terengganu, Besut, Kemaman, dan Setiu. - Foto Astro AWANI
SETIU: Polis dan kesemua agensi terlibat akan menumpukan bantuan kepada empat daerah di Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua daerah tersebut terdiri daripada Hulu Terengganu, Besut, Kemaman, dan Setiu.
"Terlalu banyak tempat yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir dan kali ini dinaiki air.
"Ini sekali gus mengakibatkan sedikit kelewatan untuk kita menyalurkan bantuan dan sebagainya.
"Kita terima banyak rungutan berhubung perkara ini dan kita dah buat perancangan, bantuan memang ada cuma ambil sedikit masa untuk melalui kawasan tertentu," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Mangkok pada Selasa.
Bercakap mengenai kekuatan anggota di negeri berkenaan, setakat ini lebih 3,000 anggota telah dikerah melibatkan kesemua agensi.Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Selain itu, beliau memaklumkan, sebanyak 15 PPS di Terengganu terpaksa berdepan penyusunan semula susulan paras air yang semakin meningkat.
"Kali ini cukup berbeza, 15 PPS pun sudah ditenggelami air jadi ini semua luar jangkaan kita termasuk dengan faktor air deras.
"Bila kita nak masuk kawasan banjir pun perlu ada pengetahuan dan bukan semua individu yang boleh masuk ke kawasan terjejas," ujarnya lagi.
[TERKINI] Perkembangan banjir di Terengganu
Dalam pada itu, pihaknya akan cuba mengerah lebih ramai anggota untuk terlibat dalam pengoperasian banjir.
Bagaimanapun faktor laluan yang terputus antara cabaran yang terpaksa dilalui untuk menempatkan lebih ramai anggota.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Setakat jam 12 tengah hari, seramai 38,806 mangsa banjir direkodkan di Terengganu melibatkan 10,639 keluarga.
Daripada jumlah itu, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini dengan 11,574 mangsa yang dilaporkan.
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Polis Terengganu
#pusat pemindahan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan