awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/01/2021
02:24 MYT
Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu akan sentiasa menghebahkan dan mengemaskini maklumat keadaan cuaca agar penduduk dapat mengambil tindakan awal. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Terengganu kini berada dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan dengan gelombang banjir keenam.
Bagaimanapun Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan semasa.
Katanya sebarang kemungkinan boleh berlaku dan penduduk juga sering diingatkan agar sentiasa bersedia berdepan dengan kemungkinan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemas kini daripada MetMalaysia menyatakan bahawa setakat ini di peringat Semenanjung Malaysia mahupun pantai timur, dijangkakan tidak akan berlaku lagi gelombang banjir.
“Ini kerana keadaan pola atau monsun telah bergerak ke arah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima implikasi hujan lebat dalam tempoh sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan sentiasa menghebahkan dan mengemaskini maklumat keadaan cuaca agar penduduk dapat mengambil tindakan awal jika berlaku hujan lebat serta fenomena air pasang besar.
Jelasnya orang ramai juga diingatkan agar tidak melakukan aktiviti di pantai dan sebagainya ketika musim tengkujuh ini.
Terdahulu Terengganu telah melalui lima episod gelombang banjir di mana banjir gelombang kelima yang melanda Terengganu sejak 3 Januari telah pulih sepenuhnya Selasa lalu.
Banjir pada gelombang kelima itu menyebabkan hampir 14,000 mangsa terjejas dengan Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi melebihi 10,000 mangsa.
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#bertenang
#air pasang besar
#gelombang banjir
#MetMalaysia
#Adam A Rahman
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan