awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu makin buruk, lebih 2,600 mangsa dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2020
01:23 MYT
Banjir Terengganu makin buruk, lebih 2,600 mangsa dipindahkan
Gelombang ketiga banjir yang kembali melanda sejak Rabu menyaksikan seramai 2,629 mangsa telah dipindahkan. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila semua daerah di negeri itu kini terjejas.
Gelombang ketiga banjir yang kembali melanda sejak Rabu menyaksikan seramai 2,629 mangsa telah dipindahkan.
Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata sehingga jam 8 pagi, sebanyak 73 pusat pemindahan telah diaktifkan bagi menempatkan 735 buah keluarga.
Katanya, sehingga kini daerah Marang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 748 daripada 197 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Di daerah Setiu pula, seramai 523 mangsa daripada 140 keluarga telah dipindahkan ke 22 PPS.
Di Besut, 17 PPS dibuka bermula malam tadi bagi menempatkan 463 mangsa daripada 155 keluarga.
Di Kuala Terengganu, sebanyak lima PPS telah dibuka bagi menempatkan 284 mangsa daripada 79 keluarga.
Daerah Dungun menyaksikan seramai 262 mangsa daripada 70 keluarga berada di 10 PPS.
Di Kuala Nerus pula, seramai 211 mangsa ditempatkan di enam buah PPS melibatkan 53 keluarga.
Seramai 38 keluarga melibatkan 122 mangsa di daerah Kemaman telah dipindahkan ke tiga PPS.
Manakala seramai 16 mangsa melibatkan tiga keluarga telah dipindahkan ke satu PPS di Hulu Terengganu.
Topic Berkaitan
#banjir
#pusat pemindahan
#PPS
#Kuala Terengganu
#Che Adam A Rahman
#Kemaman
#Besut
#gelombang ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan