awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Penduduk turun padang, hulur bantuan guna bot persendirian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/12/2022
04:57 MYT
Banjir Terengganu: Penduduk turun padang, hulur bantuan guna bot persendirian
Bagi penduduk yang mempunyai bot persendirian, kesempatan itu diambil untuk menggerakkan segala bentuk bantuan. - Astro AWANI
BESUT: Tidak terlalu bergantung kepada bantuan pihak berkuasa, penduduk di Kampung Tembila, Besut, Terengganu mengambil inisiatif turun padang sendiri bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga terjejas.
Bagi penduduk yang mempunyai bot persendirian, kesempatan itu diambil untuk menggerakkan segala bentuk bantuan berikutan kawasan itu yang telah terputus hubungan.
Kampung Tembila merupakan kawasan yang menghubungkan laluan dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu yang kini masih dinaiki air.
Melihatkan keadaan geografinya juga membuatkan air bah sukar untuk surut susulan perkampungan yang dikelilingi sungai utama.
Menurut Mohd Zabidi Mohd Amin yang merupakan seorang guru, bot yang digunakan merupakan pinjaman dari rakannya.
"Sepanjang hayat saya, belum pernah lagi banjir seteruk ini, jadi terpaksa gunakan bot atau sampan kecil untuk sampaikan bantuan.
"Dulu memang pernah banjir tapi tidak seburuk dengan keadaan sekarang dan kali ini kawasan tak pernah naik air pun dah banjir.
"Kawasan ini memang dah terputus hubungan, kenderaan darat pun dah tak bole masuk kampung," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.
Bagaimanapun, cabaran tetap didepani sewaktu agihan bantuan ekoran keadaan rumah yang dikelilingi pokok besar menyukarkan laluan bot mahupun sampan.
Ini termasuk pergerakan untuk membawa golongan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan.
Sementara itu, bagi Ghafar Mohd Amin, harapan sememangnya terletak pada penduduk yang memiliki bot persendirian untuk mereka memperoleh kelengkapan harian.
"Memang sekarang kita harapkan penduduk kampung yang ada bot, sebab banyak kawasan yang masih kritikal.
"Bekalan di kedai runcit pun banyak yang dah habis lagi pun kami nak bergerak untuk dapatkan barang memang susah," katanya.
Selain itu, salah satu sekolah di perkampungan tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Tembila kini turut bertukar menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Untuk rekod, sejumlah 357 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan dan daripada jumlah itu ia melibatkan 102 keluarga.
Setakat jam 12 tengah hari, seramai 40,453 mangsa dilaporkan bagi negeri itu terdiri daripada 11,167 keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu banjir
#bantuan
#mangsa banjir
#bot persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan