awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Semua daerah terjejas, 4,419 mangsa dipindahkan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/02/2022
00:30 MYT
Banjir Terengganu: Semua daerah terjejas, 4,419 mangsa dipindahkan
Daerah Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi. - Astro AWANI
SETIU: Keadaan banjir di Terengganu semakin memburuk dengan menyaksikan kelapan-lapan daerah di negeri itu telah terjejas.
Berikutan itu jumlah mangsa banjir yang dipindahkan menerusi hari ketiga itu melonjak kepada 4,419 mangsa berbanding 3,579 mangsa yang dipindahkan pada petang Sabtu.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus menjadi daerah terakhir yang dilanda bencana alam itu.
Setakat ini juga sebanyak sebanyak 90 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan 1,304 keluarga di seluruh negeri Terengganu.
Daerah Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dan setakat jam 8 pagi tadi, seramai 2,158 mangsa membabitkan 579 keluarga dipindahkan ke 21 PPS.
Diikuti daerah setiu yang menyaksikan seramai 802 mangsa telah terjejas dan sebanyak 22 pps juga telah dibuka bagi menempatkan 246 keluarga.
Di Hulu Terengganu pula seramai 689 mangsa membabitkan 274 keluarga telah dipindahkan ke 14 PPS.
Manakala mangsa di daerah Besut pula menunjukkan sedikit penurunan dengan 396 mangsa daripada 100 keluarga masih berada di 20 PPS berbanding 456 mangsa yang dipindahkan petang Sabtu.
Sementara itu di Kuala Nerus, sebanyak 54 keluarga melibatkan 173 mangsa masih berteduh di lima PPS.
Dalam pada itu di Dungun, seramai 138 mangsa daripada 37 keluarga masih ditempatkan di lima PPS.
Bagi daerah Kuala Terengganu pula, seramai 58 mangsa melibatkan 13 keluarga terjejas diikuti daerah Marang dengan lima mangsa telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.
Banjir yang melanda Terengganu sejak Jumaat disifatkan yang paling teruk dalam lima episod gelombang monsun timur laut sejak 2 Disember lalu.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan