awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok

Bernama
Bernama
07/01/2024
14:52 MYT
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Beberapa buah rumah di Kampung Sungai Tiram ditenggelami air akibat hujan berterusan dan limpahan air sungai berdekatan hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Tiga sekolah di daerah ini ditutup bermula esok akibat banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh.
Menerusi satu kenyataan ringkas hari ini beliau berkata tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram, namun setakat ini tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersangkut akibat banjir di negeri itu.
"Mengikut kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek pada 2 Jan lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membenarkan murid mangsa banjir memakai baju biasa ke sekolah," katanya.
Norlizah berkata seramai 48,276 pelajar di negeri itu dijangka menduduki peperiksaan SPM dengan ujian lisan bermula hari ini diikuti ujian bertulis hingga 7 Mac, yang melibatkan 364 jumlah pusat peperiksaan dengan 4,205 petugas, 900 sukarelawan dan 112 penyelia kawasan.
Selain itu, 8,831 pelajar pula akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang pada 22 Jan hingga 6 Feb, melibatkan 75 jumlah pusat peperiksaan dengan 572 petugas peperiksaan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#sekolah tutup
#pendidikan
#SK kampung maju jaya
#SK bukit mutiara
#SK Sungai Tiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan