KUALA LUMPUR : Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik dengan segera di kawasan banjir demi keselamatan orang ramai.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din, langkah berkenaan juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur serta berkesan demi kepentingan orang awam.
"TNB telah membuka bilik gerakan di negeri-negeri dilanda banjir untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini bekalan elektrik, dengan warga kerjanya disenarai tugas melakukan kerja-kerja segera di kawasan berlaku gangguan akibat bencana berkenaan.
"Justeru, pengguna dinasihati di kawasan banjir untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pepasangan TNB yang beralih atau tumbang untuk tindakan segera demi keselamatan awam.
“Penutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna dan pekerja TNB. Kami juga turut memberikan bekalan elektrik melalui set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan sementara (PPS) yang tidak menerima bekalan daripada pencawang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya lagi, TNB tidak berkompromi terhadap keselamatan pengguna dan warga kerjanya dalam proses pemulihan bekalan selepas banjir surut, bagi mengelak kemungkinan risiko percikan arka (flash over) dan renjatan elektrik.
Untuk rekod, setakat 19 Disember 2022, sejumlah 238 daripada 258 PPS yang sebahagian besarnya di
Terengganu dan Kelantan telah mendapat bekalan elektrik, dan TNB sedang berusaha menghantarkan set janakuasa mudah alih kepada 20 lagi PPS yang sukar diakses oleh laluan darat.
Malah bantuan logistik di lokasi-lokasi yang sering dilanda banjir sudah disiapkan termasuk 296 set janakuasa bergerak, 227 set janakuasa kecil mudah alih 5kW/2.5kW, 279 buah lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 buah bot dan 108 lampu limpah.
Astro Awani
Thu Dec 22 2022

Langkah berkenaan juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur. - Foto BERNAMA

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023) [INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016231/8967789641680091877905_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)

TNB lantik Abdul Razak Majid sebagai pengerusi
Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.

Piala TNB: THT, TNB buat perhitungan di final
Pasukan Hoki Terengganu unggul menempah slot final Piala TNB 2023 setelah mencatat kemenangan agregat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT.

Hoki: THT belasah UiTM HA-KPT 5-1
Anak buah Seo Jongho bermula garang memecahkan kebuntuan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Ismail Abu.

Banjir di Johor: 48 pencawang elektrik TNB ditutup
Sebanyak 48 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan banjir yang kini menjejaskan kesemua 10 daerah di negeri ini.

14 premis jual loteri haram dipotong bekalan elektrik
Daripada keseluruhan 14 premis, sembilan adalah di Ayer Tawar, empat di Sitiawan dan satu di Lumut.

TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi
Untung bersih TNB pada tahun kewangan 2022 susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya.

Isu perumahan di Rompin: Bekalan elektrik sudah disalur sejak Disember lalu - TNB
Ia mula disalurkan sejak 20 Disember lalu -TNB

TNB Renewables intai prospek bangun ladang solar di permukaan air
TNB menerusi TNB Research sudah menjalankan beberapa kajian terhadap kawasan air tenang seperti tasik dan kolam serta di permukaan air berombak bagi mendapatkan idea terbaik.

THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1
THT menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil, Shello Silverius, Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Fitri Saari.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.