awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: USIM beri kelonggaran aktiviti PdP, utamakan kebajikan pelajar

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2021
15:07 MYT
Banjir: USIM beri kelonggaran aktiviti PdP, utamakan kebajikan pelajar
USIM mengambil berat keselamatan dan kesihatan pelajar dan semua warga yang terkesan dengan bencana ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberikan kelonggaran kepada semua fakulti dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula semalam, susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Mohamed Ridza Wahiddin, berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa sehingga 24 Disember ini.
"Fakulti dan pusat boleh menangguhkan kuliah atau dibuat secara tidak segerak/asynchronous dengan bahan mengajar dimuat naik dalam Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) tertakluk kepada keperluan program pengajian tertentu.
"Kaedah pelaksanaan PdP juga tertakluk kepada fakulti dan pusat masing-masing mengikut keperluan program pengajian masing-masing termasuk aktiviti pentaksiran seperti kuiz, ujian pertengahan semester dan penghantaran kerja kursus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, semua pelajar yang terkesan dengan bencana banjir boleh menghubungi fakulti dan pusat masing-masing untuk maklumat terkini berkaitan aktiviti PdP.
Beliau berkata, fakulti dan pusat akan memastikan penyampaian program pengajian adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan.
"Fakulti dan pusat akan memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental pelajar sentiasa berada dalam tahap yang baik.
"Fakulti dan pusat akan memantau secara berterusan dan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu-isu berbangkit," katanya.
Katanya, USIM mengambil berat keselamatan dan kesihatan pelajar dan semua warga yang terkesan dengan bencana ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#USIM
#kelonggaran PdP
#Mohamed Ridza Wahiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan