Bank mempunyai kelonggaran untuk beri ruang kepada peminjam menguruskan pinjaman sewa beli, meskipun ia dijangka memberi impak pendapatan bank.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia sedang berada dalam situasi sukar, jadi inilah masanya untuk semua pihak tampil membantu.

“Pada pandangan saya, berkaitan dengan caj kadar faedah terakru untuk pinjaman sewa beli bank ruang beri kelonggaran”

“Ia akan beri impak negatif kepada bank tetapi kita menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku dan ramai orang dalam kesusahan," katanya dalam program Agenda AWANI pada Sabtu.

Beliau tampil memberi penjelasan susulan kekeliruan mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh pihak bank.

“Sebagai yang pernah bekerja (mengurus) dengan bank, saya tidak akan beri cadangan itu sekiranya ia akan mendatangkan ketidakstabilan kepada bank’

“Kekeliruan itu timbul dalam apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pihak bank (dalam beri kelonggaran)

“Setiap bank akan terima impak berlainan kerana portfolio yang berbeza
Zafrul menjelaskan jumlah keseluruhan portfolio pinjaman sewa beli di negara ini bernilai RM160 bilion yang bersamaan dengan lapan peritus saiz aset negara.

“Jadi, nilainya adalah besar tetapi bergantung kepada pendedahan portfolio masing-masing”, katanya.