Penutupan sebuah bank di sini yang tular pada Khamis adalah bertujuan untuk menjalankan proses sanitasi dan sebagai langkah pencegahan awal, susulan terdapat kontak rapat pesakit COVID-19 dalam kalangan kakitangannya.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, hasil maklumat yang diperolehi, pihaknya mendapati kakitangan bank berkenaan adalah kontak rapat dengan pesakit COVID-19, ketika dia pulang ke Kedah pada Aidiladha lalu.
"Bagaimanapun kakitangan bank berkenaan yang bukan penduduk di Bagan Serai, tidak hadir ke sini setelah mengesyaki dirinya mengalami tanda-tanda awal COVID-19.
"Keputusan pihak bank itu membuat penutupan semalam, hanyalah sebagai langkah-langkah awal pencegahan dan tiada kakitangan bank itu dijangkiti COVID-19," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Pada Khamis, tular di laman media sosial menunjukkan gambar notis penutupan bank itu sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai, yang bimbang akan penularan wabak pandemik berkenaan di Bagan Serai.
Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar berkata, polis telah mengambil keterangan pemilik akaun laman sosial Facebook yang telah mencetuskan kebimbangan, dengan memuat naik satu mesej mendakwa terdapat kluster baharu wabak COVID-19 di Kuala Kurau di sini baru-baru ini.
Katanya pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Siti Aminah Binti Ismail', yang dicari pihak polis telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Menurutnya, hasil siasatan ke atas wanita berusia 41 tahun berkenaan mendapati, beliau sebenarnya prihatin dan mahu penduduk di Kuala Kurau peka dengan wabak yang melanda negara, namun tersilap memberi maklumat.
"Semakan polis dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian mendapati, tiada kluster dari Singapura yang wujud di Kuala Kurau dan Kampung Parit Mat Ali, tetapi sebaliknya terdapat penduduk dari luar Kuala Kurau yang pulang dari negara itu, namun telah menjalani kuarantin di rumah.
"Penduduk tersebut bukanlah di Kuala Kurau atau di Parit Mat Ali, sebaliknya di kawasan lain dan tempoh kuarantinnya telah tamat pada 3 Ogos lalu, manakala hasil ujian mendapati dia negatif COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020

Semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian mendapati, tiada kluster dari Singapura yang wujud di Kuala Kurau dan Kampung Parit Mat Ali, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: OXFAM: Covid-19 burukkan isu ketidakstabilan | Orang Asli bimbang anak ketinggalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

PdPR | Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran
Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran berikutan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana ketiadaan akses kepada peranti serta liputan internet yang lemah.

WEF | Memahami laporan ketidaksamaan OXFAM
Kita bersama Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan (PERKESO) bagi membincangkan mengenai laporan yang dikeluarkan OXFAM International.

COVID-19 | Langkah pencegahan awal di UK berjaya
United Kingdom mendedahkan pendekatan dilaksanakan bagi mengawal penularan COVID-19 semakin mennunjukan hasil. Menurut Setiausaha Kesihatannya, Matt Hancock peningkatan jumlah kes semakin perlahan dan menurun di beberapa bahagian negara itu.

Amerika Syarikat | Biden tandatangan arahan eksekutif 'Buy American'
Presiden Joe Biden tandatangani arahan eksekutif untuk meningkatkan pembelian kerajaan daripada pengeluar Amerika Syarikat. Arahan eksekutif itu adalah tindakan biden pada minggu pertamanya untuk memulihkan ekonomi Amerika dengan pantas.

Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

COVID-19: Ibarat 'bernafas dalam lumpur', peniaga Pasar Siti Khadijah rayu bantuan
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan.

'Beri ruang, peluang' - PIBGN jawab dakwaan guru tidak cukup bersedia kendali PdPR
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

COVID-19: Kerajaan seluruh dunia gagal tangani impak ketidakadilan global - Oxfam
Bergerak ke hadapan, penggubalan dasar dalam dunia pasca-koronavirus perlu memberikan fokus untuk menghapuskan kemiskinan dan melindungi planet ini daripada perubahan iklim.

COVID-19: Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua dan SK Bukit Apit.

Tiada 'Kluster Najib Razak' seperti yang digusarkan sebelum ini - KP Kesihatan
Selepas 14 hari, tiada laporan kes positif baharu diterima berhubung kemungkinan kes COVID-19 dari lokasi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Bank ditutup bagi proses sanitasi dan langkah pencegahan COVID-19
Hasil maklumat yang diperolehi, pihaknya mendapati kakitangan bank berkenaan adalah kontak rapat dengan pesakit COVID-19, ketika dia pulang ke Kedah pada Aidiladha lalu.

AirAsia tawar diskaun 20 peratus untuk penerbangan domestik
AirAsia Group Bhd melancarkan promosi istimewa dengan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.

Kejar dapatkan Tun M sekadar bertegur ucap Selamat Hari Raya - Azmin
Mohamed Azmin berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.

Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan
Dikhuatiri penunggang motosikal atau kenderaan lain mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.

Politik Sabah: Kemelut UMNO dan Bersatu boleh selesai dengan permuafakatan
Ketua Bersatu Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kesepakatan penting untuk pastikan kemenangan dalam PRN akan datang.

Brunei setuju tangguh pelaksanaan caj keluar masuk ke negara itu - Awang Tengah
Awang Tengah mengutus surat kepada kerajaan Brunei baru-baru ini meminta pelaksanaan caj itu, yang sepatutnya bermula Sabtu, ditangguhkan.

Keputusan UMNO tidak sertai PN tidak jejaskan pentadbiran negeri Perak - Saarani
Pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

UMNO Sabah ada autonomi tentukan calon PRN - Annuar Musa
UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pemimpin perlu beri contoh pupuk semangat saling memahami, menghormati - Sultan Perak
Pertahanan negara akan menjadi rapuh jika warga yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, gagal menjalinkan hubungan yang harmoni.