Isu dokumentasi: FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga Perlawanan Persahabatan Tier 1

Hukuman itu berikutan kes menurunkan pemain tidak layak dalam perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura, dan Palestin. - Gambar fail/Bernama
JAWATANKUASA Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya diisytiharkan sebagai kalah 3-0.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman kepada Harimau Malaya dengan mengisytiharkan mereka kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1.
- Hukuman itu berikutan kes menurunkan pemain tidak layak dalam perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura, dan Palestin.
- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414) dan akan memohon alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mengambil tindakan lanjut.
"Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:
"1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.
"2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan
"3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.
"Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini," kongsinya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


