MALAYSIA
Bank Negara Malaysia gagal melihat kebajikan rakyat biasa - Anwar

Anwar menegaskan BNM dan menteri-menteri ekonomi gagal melihat perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat biasa. - Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) dan menteri-menteri ekonomi gagal melihat isu-isu kebajikan dan kesejahteraan membabitkan rakyat biasa.
Menurutnya, BNM perlu mengambil kira aspek kebajikan terutamanya melibatkan golongan itu ketika merangka sebarang polisi.
"Normal baharu tidak bermakna kita mengubah perjalanan rutin harian tetapi pada hakikatnya kita masih memegang kepada tradisi lama," katanya di forum Parlimentary Rountable #1 Next Normal for Jobs yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, di sini pada Jumaat.
Antara lain ahli panel forum yang dikendalikan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil itu adalah pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi.
Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan beliau tidak kagum dengan Menteri Kewangan.
"Saya tidak kagum dengan menteri kewangan ketika itu," katanya yang tidak merujuk kepada mana-mana menteri kewangan secara spesifik.
"Apa yang penting adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat biasa," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami