awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2024
13:10 MYT
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Ewon (tengah) serta Mohd Irwan (empat dari kiri) semasa menyempurnakan pelancaran iSHAR edisi ke-5 di ibu negara pada Selasa. - Gambar Bank Rakyat.
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) kelima yang dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur itu tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam, selain untuk memajukan kesejahteraan sosial dan mengurangkan ketidaksamaan.
Dalam ucapannya, Ewon menekankan kepentingan zakat sebagai tonggak utama kewangan Islam dan pemacu perubahan sosial dan ekonomi.
“Zakat bukan sahaja merupakan asas kewangan Islam, tetapi juga sebuah mekanisme yang mampu menangani cabaran zaman ini daripada segi ketidaksamaan ekonomi hingga kebajikan sosial,” katanya.
Ewon turut memuji kepimpinan Bank Rakyat dalam memupuk dialog yang bermanfaat mengenai kewangan patuh syariah dan komitmennya dalam menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian (underserved community).
“Sebagai contoh inisiatif keusahawanan Bank Rakyat seperti RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur yang menggunakan dana zakat untuk menyokong usahawan asnaf.
"Inisiatif ini menunjukkan kuasa transformasi kewangan Islam dalam mempromosikan pertumbuhan keusahawanan, pemerkasaan ekonomi dan pembangunan jangka panjang,” jelasnya.
xxx
Pada majlis yang sama, turut dilancarkan Buku Resolusi iSHAR 2022 yang tersedia dalam bahasa Inggeris dan Arab. - Gambar Bank Rakyat
Sementara itu, wakil ulama, Sheikh Dr. Nedham Yaqoobi yang menghadiri persidangan tersebut turut menekankan kepentingan persidangan ini sebagai hab serantau untuk perbincangan dalam kewangan Islam.
“Persidangan ini telah menjadi sebuah perhimpunan yang penting di rantau ini yang mana mengumpulkan ulama syariah dan para intelektual di seluruh dunia untuk terlibat dalam perbincangan yang komprehensif, selain bertukar pandangan mengenai isu syariah yang berkaitan dengan perbankan dan amalan kewangan Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, penganjuran iSHAR kali kelima ini menandakan usaha berterusan bank dalam memajukan kewangan Islam, selain menjadi platform penting untuk bertukar kepakaran dan pengetahuan bagi membincangkan mengenai isu kewangan Islam yang dihadapi oleh industri perkhidmatan kewangan Islam.
“Kejayaan berterusan iSHAR sebagai platform pertukaran kepakaran dan pengetahuan ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk memupuk kerjasama dan memacu inovasi dalam kewangan Islam.
"Resolusi dan pandangan yang dihasilkan daripada perbincangan ini akan menjadi rujukan utama untuk ulama, pengamal dan pihak berkepentingan.
"Dengan menangani isu kontemporari berkaitan zakat, kami dapat memastikan relevan dan impaknya dalam mempromosikan pengagihan kekayaan yang saksama serta memajukan masyarakat,” katanya.
Mohd Irwan turut menekankan peranan zakat yang meluas dalam mempromosikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sektor perbankan Islam.
“Zakat mengandungi prinsip etika yang membentuk asas kewangan Islam dan melalui inisiatif seperti iSHAR, kami berusaha untuk merapatkan jurang sosial dan moral dalam perbankan,” katanya.
Topic Berkaitan
#iSHAR
#zakat
#kewangan Islam
#kebajikan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan