Kementerian Pendidikan akan memberikan lebih tumpuan kepada sekolah kategori C dalam usaha untuk memastikan isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibanteras.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak kementerian kini menjalin kerjasama rapat dengan agensi Kementerian Dalam Negeri seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bagi memantau pelajar sekolah di bawah kategori tersebut.
"Kita (bersama agensi di bawah KDN) tumpu pada kawasan-kawasan sensitif bagi penyalahgunaan dadah, dan ada tempat-tempat tertentu kita kena ambil tindakan proaktif," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tadarus Perdana anjuran Biro Agama Umno Bahagian Padang Terap dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.
Sekolah kategori A merupakan sekolah yang mempunyai rekod disiplin yang baik, kategori B pula merujuk kepada sekolah yang mempunyai sedikit kes disiplin manakala kategori C adalah sekolah yang mempunyai banyak kes disiplin melibatkan ponteng dan penyalahgunaan dadah.
Mahdzir berkata masalah dadah dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan, apatah lagi dengan bekalan dadah yang mudah didapati berbanding dahulu.
"Sebab penyalahgunaan dadah tidak seperti dahulu macam ganja, heroin, morfin tapi sekarang ini guna dadah sintetik dan boleh didapati dari pelbagai sumber," katanya.
Justeru, beliau menyarankan masyarakat setempat membentuk pasukan khas mereka tersendiri untuk memantau tingkah laku dan disiplin anak-anak mereka dan pelajar sekolah dan tidak hanya menunggu pihak berkuasa menjalankan tugas membanteras dadah.
Beliau memberi contoh, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh membentuk pasukan tersebut.
"Contohnya pasukan ini ambil dahulu senarai 50 nama pelajar, kemudian disemak dan disiasat rekod disiplin mereka di luar sekolah juga, jadi pemantauan berterusan dan ini berlaku (dilaksanakan) di negara-negara maju," katanya.
Bernama
Sat Jun 11 2016
Mahdzir berkata masalah dadah dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan, apatah lagi dengan bekalan dadah yang mudah didapati berbanding dahulu. -Gambar fail
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.