awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan

Bernama
Bernama
02/07/2024
09:00 MYT
Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan
Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman ke atas ChengYen Bee, 39, itu bermula dari tarikh tangkap, iaitu semalam (1 Julai). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM100,000, dua bulan lepas.
Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman ke atas ChengYen Bee, 39, itu bermula dari tarikh tangkap, iaitu semalam (1 Julai).
Cheng didakwa membantu menyembunyikan wang RM100,000 milik Gurdev Kaur, 74, yang dimasukkan ke akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh di sebuah premis di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields di sini antara 30 April dan 1 Mei 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun Cheng yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum atas alasan menyara lima anak dan suami yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sembunyi wang
#keldai akaun
#kes mahkamah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan