awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Awal Persekolahan diagih lebih awal mulai tahun hadapan - Fadhlina

Asyraf Malik
Asyraf Malik
09/01/2026
07:14 MYT
Bantuan Awal Persekolahan diagih lebih awal mulai tahun hadapan - Fadhlina
Fadhlina (foto) berkata ia susulan maklum balas ibu bapa yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila bantuan BAP diterima pada minggu pertama sesi persekolahan. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun hadapan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun hadapan berdasarkan maklum balas negatif ibu bapa mengenai penyaluran bantuan pada minggu pertama sesi persekolahan.
  • BAP sebanyak RM150 diberikan kepada 5.2 juta murid untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendorong ibu bapa bertemu guru ketika mengambil BAP bagi mendapatkan maklum balas berkaitan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak, serta pendekatan penyaluran BAP secara serahan tunai di sekolah memperkukuhkan hubungan antara pihak sekolah, murid, dan ibu bapa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia susulan maklum balas ibu bapa yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila bantuan itu diterima pada minggu pertama sesi persekolahan, menyebabkan persediaan tidak dapat dilakukan lebih awal.
“Kebetulan tahun ini kita baru memulakan sesi persekolahan pada Januari, jadi memang ada sedikit rungutan yang kita terima.
"Saya ingat mulai tahun hadapan akan terus perbaiki dan saranan itu kita ambil secara serius.
"Maknanya diberikan lebih awal supaya persiapan boleh dilakukan lebih awal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026, di sini, pada Jumaat.
Untuk rekod, BAP merupakan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM150 yang dimanfaatkan seramai 5.2 juta murid di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah.
Selain itu, Fadhlina juga menggalakkan ibu bapa serta penjaga bertemu guru ketika mengambil BAP bagi mendapatkan maklum balas berkaitan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.
“Saya harap ibu bapa ambil saranan RM150 ini untuk keperluan sekolah dan datang ke sekolah ambil bantuan serta berjumpa dengan guru untuk mendengar laporan dan juga saranan mengenai anak-anak kita,” ujarnya.
Bagi tahun ini, kaedah penyaluran BAP dilaksanakan secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Pendekatan berkenaan bukan sahaja memastikan bantuan disampaikan secara lebih berkesan, malah turut menggalakkan hubungan yang lebih erat antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun hadapan? A: Kementerian Pendidikan Malaysia mengagihkan BAP lebih awal susulan maklum balas ibu bapa yang tidak berpuas hati menerima bantuan pada minggu pertama sesi persekolahan, menyebabkan persediaan tidak dapat dilakukan lebih awal.
  • Q: Berapakah jumlah murid yang akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di seluruh negara? A: Seramai 5.2 juta murid di seluruh negara akan menerima BAP, yang merupakan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM150.
  • Q: Apakah tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan kepada murid-murid sekolah? A: BAP bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah bagi anak-anak mereka.
  • Q: Bagaimanakah kaedah penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilaksanakan untuk tahun ini? A: Penyaluran BAP dilaksanakan secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara ibu bapa dan guru, bagi memastikan bantuan disampaikan secara lebih berkesan dan menggalakkan hubungan yang erat di antara pihak sekolah, murid, dan ibu bapa.
  • Q: Apa yang digalakkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kepada ibu bapa ketika menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP)? A: Fadhlina menggalakkan ibu bapa serta penjaga untuk bertemu guru ketika mengambil BAP bagi mendapatkan maklum balas berkaitan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.

Topic Berkaitan
#bantuan awal persekolahan
#BAP
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan