awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan BPR: Kini boleh tukar kata laluan secara dalam talian - LHDN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/02/2021
08:19 MYT
Bantuan BPR: Kini boleh tukar kata laluan secara dalam talian - LHDN
LHDN memaklumkan, penukaran kata laluan itu boleh dibuat di laman web BPR dengan menekan 'terlupa kata laluan', memasukkan nombor kad pengenalan dan akhirnya menekan 'semak'.
KUALA LUMPUR:Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
LHDN memaklumkan, penukaran kata laluan itu boleh dibuat di laman web BPR dengan menekan 'terlupa kata laluan', memasukkan nombor kad pengenalan dan akhirnya menekan 'semak'.
"Pemohon juga perlu memasukkan alamat emel yang telah didaftarkan bagi membolehkan kata laluan sementara dihantar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Namun demikian LHDN berkata, bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana kaunter perkhidmatan BPR yang berhampiran.
Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal bagaimanapun dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut:
a) Hotline BPR di talian 1800-88-2747 b) HASiL Live Chat c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Topic Berkaitan
#LHDN
#bantuan prihatin rakyat
#Khairy Jamaluddin
#BPR
#MyBPR
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan