awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
29/03/2023
07:47 MYT
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Sembilan
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM3.796 juta. - Fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 14 April ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM3.796 juta.
"Sempena menyambut Aidilfitri, kita setuju berikan bantuan itu kepada semua penjawat awam negeri tidak termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022 kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar lebih RM400 juta tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak RM31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena Aidilfitri tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#penjawat awam
#Aminuddin Harun
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan