Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang lemas, diikat pada satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.
Beliau berkata pasukan berkenaan turun ke lombong tersebut pada 9.15 malam Rabu dalam keadaan hujan renyai bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong tersebut ketika memancing bersama dua lagi rakannya.
"Tiba-tiba air deras berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua mangsa berpusing-pusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam mereka tertanggal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata kesemua mangsa bergelut kira-kira 30 minit, dengan anggota di darat segera cuba membantu menaikkan mereka ke tebing.
Abdul Aziz berkata kesemua mereka kemudian berjaya ditarik ke tebing namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memulihkan mangsa dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tidak berjaya.
BACA: Enam anggota bomba lemas ketika operasi SAR
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit ditangguhkan ke 7.30 pagi ini, yang akan membabitkan Pasukan Polis Marin dari Pelabuhan Klang.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Mereka dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun; Mazlan Omarbaki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33 tahun, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018
AZIZ: Tiba-tiba air deras berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua mangsa berpusing-pusing di dalam air. - Foto ihsan JBPM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis gagalkan cubaan menyamar sebagai Menteri Besar Selangor
Polis menggagalkan tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai Menteri Besar Selangor dengan tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri.
Rumah pegawai kanan SPRM terbakar
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, kes dipercayai akibat perbuatan khianat.
Kes langgar lari Cyberjaya: Polis tahan empat pelajar
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua suspek merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.
Bantuan pernafasan anggota bomba tertanggal ketika operasi
Anggota bomba yang lemas diikat pasa satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja.
Penuntut UiTM berbual telefon maut jatuh tingkat 4
Pelajar jurusan Sains berusia 18 tahun itu dipercayai tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat empat semasa bercakap di telefon.
Proses bedah siasat mayat lelaki Korea Utara selesai
Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Korea Utara yang mati Isnin lepas dilaporkan selesai petang tadi.
Pemandu GrabCar mati sejurus bawa penumpang ke klia2
Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung sejurus tiba di klia2 untuk menurunkan penumpang.
Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai.
Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.