PASIR PUTEH: Hanya pesawah yang berdaftar dengan pejabat pertanian akan menerima bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan sementara menunggu hasil tuaian, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata sehubungan itu, pesawah yang belum berdaftar diminta segera menghubungi pejabat pertanian berdekatan serta melengkapkan pendaftaran mereka bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan itu nanti.
"Kita (MAFI) memberi jaminan mereka yang berdaftar dengan pejabat pertanian sahaja layak mendapat bantuan itu bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri Parlimen Pasir Puteh, di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.
Beliau berkata bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata bantuan kepada pesawah itu membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan nasib golongan tersebut.
"Bantuan itu juga memberi semangat baharu kepada golongan pesawah untuk bekerja lebih keras sebagai barisan hadapan bagi menyediakan bekalan makanan yang mencukupi terutama beras bagi keperluan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Pesawah yang belum berdaftar diminta segera menghubungi pejabat pertanian berdekatan serta melengkapkan pendaftaran mereka. - Gambar hiasan/Bernama
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan
Zamri berkata NAFAS mampu untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pembekalan beras negara.
NACCOL cadang naik harga lantai belian padi, subsidi tambahan kepada pesawah
Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.
Kompleks IADA Kota Belud dijangka siap 2027, mercu tanda pembangunan industri padi
Ia selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA sekali gus membantu pembangunan sektor tanaman padi Sabah khususnya di Kota Belud.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Kerajaan teliti syor naik harga siling beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan meneliti syor agar harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan bagi menjaga masa depan semua pihak.
Belanjawan 2024: RM2.6 bilion subsidi, insentif kepada pesawah, nelayan
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
Kenaikan SSHP bantu pesawah imbangi kos pengeluaran padi
Kadar yang tidak ditambah baik sejak sekian lama itu menurut mereka membantu meningkatkan pendapatan setiap kali musim tuaian padi.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aktiviti tanaman padi lebih 30 pesawah terjejas ekoran gangguan sumber air
Situasi itu menyebabkan kerja membajak serta proses menabur benih yang sepatutnya dilakukan pada April lepas, tergendala.