awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan RM500 kepada mangsa banjir Pulau Pinang - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2017
09:08 MYT
Bantuan RM500 kepada mangsa banjir Pulau Pinang - Guan Eng
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada mangsa bencana banjir di negeri itu. -Gambar fail
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada mangsa bencana banjir di negeri itu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada kira-kira 100,000 isi rumah yang terjejas akibat bencana itu.
Katanya, bantuan tersebut tidak termasuk wang derma yang diterima kerajaan negeri menerusi sumbangan orang ramai, badan berkanun dan pihak lain.
Pada masa sama, Guan Eng berkata pihak yang ingin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan dialamatkan kepada Pegawai Kewangan Negeri atau Bendahari.
Guan Eng berkata demikian semasa menyampaikan ucapan khas di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, pada Khamis.
Dalam ucapannya itu, Guan Eng turut mengumumkan pelancaran “Pulau Pinang Bangkit” dengan dana RM100 juta bertujuan membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca banjir dan tanah runtuh yang disifatkan terburuk dalam sejarah negeri itu.
“Kita akan laksanakan program pasca bajir dan keutamaan kita adalah untuk memulihkan mangsa banjir untuk pulang ke rumah dan bantu mereka kembali menjalani rutin harian,” kata Guan Eng.
Bencana banjir yang berlaku pada 4 November lalu meliputi sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang mengakibatkan ribuan penduduknya terjejas.
Ujar Guan Eng, melalui program ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengecualikan surcaj konvergensi bagi satu kitaran, kepada semua pengguna selama dua bulan.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus kepada semua jenis hartanah di Pulau Pinang yang melibatkan kos RM40 juta.
Di samping itu, dokumen kerajaan yang rosak akibat banjir akan digantikan secara percuma.
Jelas Guan Eng, program “Pulau Pinang Bangkit” dijangka akan dilancarkan pada Sabtu dan Ahad ini dan kerajaan negeri mengalu-alukan semua sukarelawan agar dapat bersama-sama menghulurkan bantuan.
Jelas beliau, pemimpin DAP tidak dapat turut serta pada program itu berikutan terpaksa menghadiri pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu di Selangor.
Topic Berkaitan
#banjir
#Banjir Pulau Pinang
#Ketua Menteri
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan