Pada mulanya dijanjikan pekerjaan sebagai staf hotel yang bergaji kira-kira RM3,000 sebulan, namun tawaran yang sepatutnya diperolehi bertukar kepada lain.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa menahan keinginan untuk pergi ke mana-mana kerana satu-satunya dokumen perjalanan yang dipunyai mereka iaitu passport, ditahan oleh pihak ejen terlibat.
Itu adalah antara nasib sebahagian besar penduduk Sarawak yang ditipu ejen pekerjaan yang kononnya boleh membantu mencari peluang pekerjaan di Singapura, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengerusi Persatuan Borneo Johor Donny Linan berkata pihaknya menerima begitu banyak aduan tentang kes itu kebelakangan ini, namun tidak berupaya untuk melaporkannya kepada polis disebabkan kekurangan bukti.
"Rata-rata mangsa yang menemui kami ialah pekerja yang dapat melarikan diri dan yang paling sedih mereka hanya berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Donny berkata dalang di sebalik penipuan itu kadangkala penduduk Sarawak sendiri, yang akan turun ke kawasan pedalaman untuk menguar-uarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
Tambah beliau, anak-anak muda yang baharu sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak mempunyai pengetahuan meluas tentang dunia luar, akan paling mudah terpedaya dengan tawaran terbabit kerana menyifatkan gaji yang diperolehi cukup untuk mengubah nasib keluarga.
"Kalau ditawarkan gaji antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan, sesiapa sahaja akan sanggup pergi ke Singapura, lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga susah dan mahu memperbaiki kualiti hidup tetapi siapa sangka ia hanyalah indah khabar dari rupa," katanya.
Menurutnya, kira-kira 80 peratus mangsa penipuan yang tampil membuat pengaduan berasal dari Kapit dan telah dihantar semula ke kampung halaman masing-masing, sebaik dibantu pihaknya.
Buat masa ini dianggarkan ada kira-kira 35,000 penduduk Sarawak yang bekerja dan menetap di Johor.
Berikutan itu, pihak persatuan akan melancarkan Pusat Informasi Sarawak di Pasir Gudang pada 9 Julai ini.
Pusat yang akan diurus tadbir bersama parti politik Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu, bakal memberi maklumat tepat berhubung tawaran pekerjaan di Singapura kepada anak-anak muda Sarawak, selain memadankan kelayakan akademik mereka dengan pekerjaan yang sesuai.
Selain itu, pusat itu akan menjadi "orang tengah" dalam menyelesaikan kes penipuan tersebut, katanya.
"Ini sekaligus akan dapat mengurangkan kes penipuan dalam kalangan penduduk kami dan berharap ia dapat dimanfaatkan seelok mungkin oleh penduduk Sarawak," kata Donny yang bekerja sebagai penjawat awam persekutuan di sini.
Tambahnya lagi, pusat itu akan turut membantu dalam proses pendaftaran penduduk Sarawak sebagai pemilih berdaftar pada masa hadapan.
Bernama
Mon Jul 04 2016
Ramai penduduk Sarawak telah ditipu ejen pekerjaan yang kononnya boleh membantu mencari peluang pekerjaan di Singapura.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kecerdasan Buatan: Malaysia sasar wujudkan 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025
Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi pelbagai sektor, dalam enam tahun akan datang.
Polis Singapura siasat 305 suspek kes penipuan
Polis Singapura sedang menyiasat 305 suspek kes penipuan susulan operasi penguatkuasaan dari 30 Ogos hingga 12 Sept.
Potensi siswazah pengajian Bahasa Melayu, linguistik bekerja di China makin meluas
Pekerjaan yang menggunakan bahasa Melayu di China semakin berkembang meliputi pelbagai aspek seperti pertanian, automotif dan pelancongan.
Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS
Paramount Global mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Rakyat Malaysia teruja tetapi bimbang tentang AI, kata kajian Ipsos
Walaupun rakyat Malaysia teruja dengan potensi AI, kebimbangan tentang jaminan pekerjaan dan kadar perubahan teknologi juga berleluasa.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Talentbank dedah majikan terbaik untuk bekerja di Malaysia pada 2024
Pemenang terkenal termasuk AIA Shared Services, Johnson Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove dan Uniqlo.