SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial atau media sehingga prosiding inkues itu selesai.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed mengeluarkan arahan berkenaan selepas permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly dan pegawai pengendali kes, Badius Zaman Ahmad.
Sebelum itu mahkamah memaklumkan koroner tidak dapat hadir pada sebutan inkues yang sepatutnya bermula pada Rabu kerana sedang berkursus.
Bapa kepada 'Baby Syifaa', Yuseri Yusoff, 39, turut hadir di mahkamah untuk mendengar proses inkues tersebut bersama barisan peguam pemerhatinya, Muhammad Amin Anuar dan Gaithri Thomas.
Turut hadir peguam pemerhati yang mewakili pengasuh pusat jagaan yang terlibat iaitu, Noliana Ali Othman.
Pada prosiding kes, Husni membuat permohonan secara lisan bagi mendapatkan perintah halangan ke atas Yuseri yang mana ia akan difailkan pada Rabu sebelum diserahkan kepada Yuseri.
Jelasnya, permohonan itu secara dasarnya bagi menghalang Yuseri untuk membuat apa-apa komen atau perkongsian di dalam Facebooknya yang menyentuh peranan dan tanggungjawab mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan polis.
"Ia juga bagi memastikan prosiding inkues ini berjalan lancar,"katanya.
Peguam pemerhati Yuseri, Gaithri Thomas pula mempersoalkan kenapa jurugambar polis tidak berada dalam senarai saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Ujarnya, jurugambar merupakan antara individu penting dalam prosiding inkues itu kerana dia yang mengambil gambar Baby Syifaa dan tempat kejadian.
"Pada tarikh lalu, kami ada menerima beberapa salinan senarai saksi yang mana senarai saksi pertama terdapat 28 orang dan kedua ada 10 orang.
"Bila kami teliti senarai saksi itu, kami dapati jurugambar tiada. Saya sudah keluarkan notis kepada pihak pendakwa raya untuk memanggil jurugambar pada tarikh perbicaraan," katanya.
Muhammad Amin memberitahu pihaknya juga akan mengemukakan senarai saksi kepada pendakwa raya bagi membantu prosiding inkues.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 September, 10 November dan 17 November sebagai tarikh bicara.
Sementara itu, Yuseri sejurus keluar dari kamar mahkamah dilihat berang manakala isterinya pula kelihatan menangis.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri pada jam 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada pukul 12.30 tengah hari.
Pada 30 Mac lalu, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian seperti yang tular di media sosial Facebook dan memberi masa dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 29 2022
Yuseri (kanan) dilihat berbincang dengan Muhammad Amin dan Gaithri Thomas. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.
Inkues Baby Syifaa: Pakar forensik Thailand antara enam saksi baharu
Enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof.
Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Mahkamah memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial.
Bapa 'Baby Syifaa' beri masa dua minggu
Yuseri mahu keadilan kepada anaknya kerana selepas 37 hari kematiannya masih belum ada sebarang pendakwaan dibuat.