SEREMBAN: Peguam keluarga Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri akan mengemukakan seramai enam lagi saksi untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian bayi berkenaan.
Peguam, Hafiz Norkhan ketika ditemui di Mahkamah Koroner Seremban pada Jumaat memaklumkan enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof.
Turut dinamakan pakar forensik dari Thailand, Dr Khun Ying Porntip Rojanasunan.
Pada prosiding pengurusan kes yang bermula jam 10 pagi, Koroner Datin Surita Budin mempersoalkan kenapa pihak peguam keluarga baru mengemukakan pakar forensik dari Thailand itu sebagai saksi rebuttal (saksi untuk menyanggah).
Ujarnya, saksi tersebut sepatutnya dipanggil lebih awal dan bukannya selepas kesemua saksi utama dipanggil.
"Sepatutnya laporan dikemukakan lebih awal sebab kita boleh tengok perbezaannya. Adakah kita nak kena memanggil semua sekali (saksi) kalau ada apa-apa persoalan baru ditimbulkan? Tidakkah membazir masa?" katanya.
Pegawai pengendali kes, Zahida Zakaria pula memaklumkan, pejabat pakar forensik Thailand terbabit ketika dihubungi mendakwa tidak menerima sebarang permohonan untuk memanggilnya sebagai saksi dalam prosiding berkenaan.
Surita kemudian berkata, beliau berharap pihak peguam tidak melengahkan lagi prosiding kes tersebut kerana ada tempoh setahun untuk membuat analisis kes.
Beliau menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes dan tarikh bicara kekal pada 8 dan 9 November ini.
Sehingga kini, seramai 25 saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues yang bermula pada 22 September lalu.
Media sebelum ini melaporkan, Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.
Pada 30 Mac 2022, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 15 2023
Hafiz (foto) memaklumkan enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof. -Foto Sinar Harian
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Dua tahun lima bulan tempoh sukar buat keluarga Baby Syifaa
Tiada sesiapa dapat menafikan yang Baby Syifaa meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh dan dibawa ke klinik dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Kematian Baby Syifaa disebabkan tekanan pada leher - Mahkamah Koroner
Koroner berkata, kematian Nour Rania Asyifaa bukan satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian.
Bapa ‘Baby Syifaa’ didakwa salah guna wang RM67,000
Bapa kepada 'Baby' Syifaa, Yuseri Yusoff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan menyalah guna wang milik seorang wanita sebanyak RM67,000 pada tahun lalu.
Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.
Inkues Baby Syifaa: Pakar forensik Thailand antara enam saksi baharu
Enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof.
Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Mahkamah memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial.
Bapa 'Baby Syifaa' beri masa dua minggu
Yuseri mahu keadilan kepada anaknya kerana selepas 37 hari kematiannya masih belum ada sebarang pendakwaan dibuat.