awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa didenda RM4,000 ketuk kaki anak guna telefon bimbit, pukul kepala dengan penyapu

Bernama
Bernama
17/11/2021
11:34 MYT
Bapa didenda RM4,000 ketuk kaki anak guna telefon bimbit, pukul kepala dengan penyapu
Mahkamah turut memerintahkan bapa sembilan anak itu menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bapa didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mengetuk kaki kiri anak perempuannya menggunakan telefon bimbit dan memukul kepalanya dengan penyapu serta memulas tangan kanak-kanak itu sehingga lebam.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 39 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap anak perempuannya berusia 10 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Setapak di sini pada 12 tengah hari, 8 Nov lepas.
Mahkamah turut memerintahkan bapa sembilan anak itu menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Ketika ditanya Mahyon mengapa tertuduh bertindak sedemikian, lelaki itu berkata: "Anak saya tak nak belajar, tengok telefon (telefon bimbit) sahaja."
Mahyon menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia kesalahan serius.
Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman penjara terhadap tertuduh kerana sebagai seorang bapa, dia sepatutnya melindungi bukan mencederakan anaknya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.
"Isteri saya sudah meninggalkan saya, jadi saya yang perlu menjaga anak-anak serta ibu bapa saya," katanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa telah diketuk di bahagian kaki kirinya dengan telefon bimbit dan dipukul di kepala menggunakan batang penyapu selain dipulas tangan kanannya ke belakang oleh bapanya.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami lebam di tangan kanan dan kaki kiri serta kesan lecetan di kepala akibat tindakan tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa pukul anak
#main telefon
#mahkamah
#Setapak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan