awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2026
15:47 MYT
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
Beasley juga menganggap kejohanan tersebut sebagai permulaan musim 2026 terbaik buat barisan pelumba negara yang bakal menghadapi tahun yang sibuk. - StadiumAstro
KURANG 24 jam berbaki sebelum Siri Berbasikal Trek ASEAN 2026 atau Piala Presiden membuka tirai di Velodrom Nasional di Nilai, fokus utama pasti tertumpu buat Datuk Azizulhasni Awang atau The Pocket Rocketman yang akan beraksi dalam kejohanan itu.
Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, menjadi antara individu yang membawa pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu, kembali berlumba di peringkat kompetitif.
Ia merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih besar, dengan saingan ASEAN ini bakal digunakan untuk melayakkan diri ke saingan siri UCI Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 bermula di Perth, Australia.
"Kita akan melakukan saringan dan siapa yang terbaik bakal meraih tempat, tetapi saya pasti Datuk Azizulhasni akan mewakili Malaysia pada Piala Dunia di Perth dan Malaysia, prestasinya ketika itu dijangka lebih baik.
"Selepas setahun berehat, untuk kembali ke prestasi sebelum ini sememangnya mengambil masa, namun saya yakin dia akan tampil dengan aksi memukau di sini nanti," jelas John Beasly kepada wartawan, Kamal Nizam.
Beasley juga menganggap kejohanan tersebut sebagai permulaan musim 2026 terbaik buat barisan pelumba negara yang bakal menghadapi tahun yang sibuk.
"Fokus utama tertumpu buat temasya sukan asia pada bulan Oktober, kemudian kejohanan dunia. Kami mahu dia cuba meraih sebanyak pingat yang boleh," tambah Beasley.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#wakil malaysia
#Piala Dunia
#John Beasley
#prestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan