Seorang bapa hari ini dihukum penjara 45 tahun dan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap 38 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, melakukan seks luar tabii dan percubaan merogol terhadap anak perempuan sulungnya.
Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali memerintahkan lelaki yang berumur 35 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu 12 Julai lepas.
Beliau juga memerintahkan penjual burger itu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun serta menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.
Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah hari ini terhadap 26 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak sulung daripada lima beradik mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Dia juga menghadapi enam pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang kini berusia 14 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta dua pertuduhan mengikut Seksyen 377CA kanun sama.
Dia juga didakwa empat pertuduhan percubaan merogol anak perempuannya.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat di Daerah Kuala Selangor dari 7 Julai 2017 sehingga 7 Julai 2019.
Ketika merayu hukuman ringan, lelaki itu berkata dia bertaubat dan insaf.
Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon mahkamah mengenakan hukuman tinggi dan sebatan terhadap tertuduh.
Beliau berkata sebagai pemegang amanah, tertuduh sepatutnya mendidik dan mengajar anaknya dengan baik dan bukan mengambil kesempatan untuk mencabul dan cuba merogol anaknya.
Norazalina berkata mangsa dicabul sejak berumur 12 tahun dan tertuduh mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan itu sewaktu ahli keluarga sedang tidur atau tiada di rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
Hakim juga memerintahkan penjual burger itu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun serta menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Bapa dipenjara 45 tahun, 24 sebatan seks luar tabii, cuba rogol anak
Seorang bapa dihukum penjara 45 tahun dan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah melakukan seks luar tabii dan percubaan merogol terhadap anak perempuan sulungnya.