awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2024
09:54 MYT
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Safwan (kanan) ditemani Ahmad Zaharil ketika membuat laporan polis pada awal pagi Jumaat. -Foto FB Mr Wan Cai Official
SHAH ALAM: Bapa kepada jenazah bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail, dilapor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Safwan Roshdy membuat laporan polis terhadap sebuah hospital swasta di Klang kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi Muhammad Adham Mikail yang dibekukan selama 16 hari. Laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara pada jam 2.15 pagi.
  • Peguam Safwan, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, menyatakan kemungkinan tindakan saman sivil dan jenayah terhadap hospital tersebut kerana menyimpan jenazah bayi akibat ketidakmampuan bapa membayar bil rawatan.
  • Kisah ini tular di media sosial selepas dikongsi oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, yang menghadapi kesukaran menguruskan jenazah bayi dalam keadaan beku sepenuhnya.

Difahamkan laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Safwan ditemani peguam jenayah terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Sebelum ini tular mengenai jenazah bayi lelaki yang didakwa ditahan dalam peti sejuk beku di sebuah hospital swasta selama 16 hari ekoran bapanya tidak mampu membayar bil kelahiran anaknya yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Ahmad Zaharil dilapor berkata, pihaknya mungkin mengambil tindakan saman sivil dan jenayah terhadap hospital berkenaan kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama tempoh berkenaan disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.
"Kita akan tunggu dan dapatkan dulu dapatan daripada siasatan lanjut oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara ini," tegasnya.
Kisah menyayat hati itu tular di media sosial sejak Selasa selepas Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official memuat naik hantaran di Facebook berkongsi mengenai perkara itu.
Wan Chai memaklumkan, pihaknya menghadapi kesukaran sewaktu menguruskan jenazah bayi berkenaan kerana dalam keadaan beku sepenuhnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi ditahan 16 hari
#Muhammad Adham Mikail
#Ahmad Zaharil Muhaiyar
#Safwan Roshdy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan