Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dikurung sehingga beratnya tinggal hanya kira-kira tujuh kilogram dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.
Tertuduh, Shaikul Adli Mohd Affendi, 33, yang bertugas sebagai attendan pam minyak bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Firdaus Abdul Wahab.
Mengikut pertuduhan, Shaikul sebagai penjaga kanak-kanak berkenaan didakwa menganiaya dan mendedahkannya kepada kecederaan fizikal dan emosi pada jam 7.34 petang di rumah bernombor 03-24, Lorong Sungai Dua Utama 22, Taman Sungai Dua, Butterworth.
Kanak-kanak malang itu sebelum ini dikatakan dikurung ibu tirinya kerana didakwa mempunyai 'roh jahat' di dalam dirinya.
Bagaimanapun, seorang penduduk di kawasan perumahannya menafikan dakwaan itu.
Ketika diselamatkan polis, mangsa terlalu lemah akibat kekurangan makanan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan selain tumpuan khusus mengatasi trauma yang dialaminya.
Ketua Polis Seberang Prai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya tidak mencatatkan keterangan daripada kanak-kanak berkenaan kerana masih menunggu laporan perubatan hospital.
Abdul Rahman turut menjelaskan, kanak-kanak itu akan diserahkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan selepas keluar dari hospital kelak.
Shaikul dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan sabit kesalahan dia boleh dipenjara 10 tahun dan didenda RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh diwakili peguam, Saiful Ambar Abdullah Ambar.
Terdahulu ketika pertuduhan, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana ia satu kes serius yang membabitkan penderaan kanak-kanak dan kerap berlaku di dalam masyarakat.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selepas rayuan oleh pihak pembelaan dengan syarat tertuduh tidak menganggu saksi iaitu mangsa sendiri sepanjang tempoh perbicaraan.
Mahkamah menetapkan 25 Februari depan untuk tarikh sebutan semula kes.
Kanak-kanak itu dilaporkan tidak bersekolah sejak Isnin, namun bapanya didakwa sudah mengambil wang bantuan RM100 untuk murid-murid pada hari yang sama.
Sementara, ibu tiri kanak-kanak itu dipercayai warga Indonesia dikatakan menghilangkan diri dan polis mempercayai sudah pulang ke negara asalnya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pihaknya akan meneliti kes itu selain memberi jaminan terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan.
Astro Awani
Wed Jan 21 2015
Bapa kes dera dan kurung anak mengaku tidak bersalah. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.