awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil

Bernama
Bernama
27/12/2024
10:45 MYT
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan jaminan atas alasan, kesalahan itu tidak boleh dijamin dan tertuduh tidak diwakili peguam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil, minggu lepas.
Bapa berusia 37 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap anak lelakinya berusia empat tahun dua bulan manakala anak perempuanya berumur setahun enam bulan sehingga menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik sewanya di Jalan Maarof Bangsar, Brickfields di sini pada 8.30 pagi, 17 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan jaminan atas alasan, kesalahan itu tidak boleh dijamin dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 20 Jan untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#kabel telefon
#anak lelaki
#penjara maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan