awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa pelakon remaja direman lagi, didakwa pukul guna penyangkut baju

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2022
08:51 MYT
Bapa pelakon remaja direman lagi, didakwa pukul guna penyangkut baju
Arjunaidi berkata, tempoh reman empat hari terhadap suspek berusia 43 tahun itu diperoleh selepas permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bapa pelakon remaja perempuan yang sebelum ini ditahan kerana didakwa mencabul dan mengabaikan, hari ini direman sekali lagi bagi membantu siasatan kes memukul anaknya itu menggunakan penyangkut baju.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tempoh reman empat hari terhadap suspek berusia 43 tahun itu diperoleh selepas permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Beeliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Townhall Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, dilapor berkata lelaki itu yang ditahan minggu lepas, dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam susulan laporan dibuat mangsa pada 8 September yang mendakwa dipukul menggunakan penyangkut baju pada 2014.
Sebelum ini, bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan itu ditahan polis pada 2.25 petang 6 September lalu di Kedah susulan laporan polis dibuat anaknya itu membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah.
Topic Berkaitan
#pelakon remaja perempuan
#gangguan seksual
#bapa pelakon
#penderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan