SHAH ALAM: Polis mengesahkan bapa kepada pelakon remaja yang didakwa mencabul dan mendera anaknya sendiri diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat mangsa di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di mahkamah di sini pada Selasa.
"Hari ini (IPD) Subang akan serah suspek kepada (IPD) Shah Alam dan esok kami akan buat permohonan reman.
"Kami tahan suspek berikutan mangsa ada membuat laporan (di Shah Alam) pada Selasa mendakwa dipukul oleh suspek menggunakan penyangkut baju dalam kejadian pada tahun 2014," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada 7 September, Sinar Harian melaporkan, suspek yang berusia 43 tahun terbabit direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bapa kepada seorang pelakon terbabit membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube dengan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.
Susulan itu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan di IPD Subang Jaya pada 6 September mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Sep 12 2022
Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim (gambar kecil) berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pada Selasa. - Gambar SINAR HARIAN
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bapa pelakon remaja sambung reman esok: Polis
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pada Selasa.