awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2018
15:45 MYT
Bapa pohon orang ramai sedekahkan al-fatihah untuk arwah anaknya
Dia sekeluarga reda dengan tragedi berkenaan walaupun dia berasa berat hati dan sayangkan anaknya. - Foto Sinar Harian
"Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya," luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut Roslan, dia sekeluarga reda dengan tragedi berkenaan walaupun dia berasa berat hati dan sayangkan anaknya.
"Saya reda... saya nak meraung pun perkara dah berlaku... saya serahkan semuanya pada pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Roslan berkata, selepas bersara dia terlebih dahulu berpindah ke Felda Sungai Kelamah bersama dua anaknya termasuk arwah.
Menurutnya, arwah anaknya merupakan atlet memanah negeri Pahang sejak dari darjah empat hingga ke tingkatan satu.
"Baru minggu lepas saya minta anak saya daftarkan diri sebagai atlet memanah Negeri Sembilan tapi sekarang ni dia sedang aktif menjalani latihan sukan sekolah.
Jenazah selamat tiba di Felda Sungai Kelamah kira-kira jam 8.35 malam dan disembahyangkan di rumah keluarga.
Majlis pengebumian arwah selesai kira-kira jam 10.15 malam.
Turut hadir di majlis pengebumian Adun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said dan datuk saudara mangsa raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.
Topic Berkaitan
#Felda Sungai Kelamah
#Gemas
#maut
#Nur Afini
#reda
#Roslan Samat
#SMK Tuanku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan