awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tergamak rogol anak kandung ditahan reman

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
05:53 MYT
Bapa tergamak rogol anak kandung ditahan reman
Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa bertindak melarikan diri dari rumah dan pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum ditahan polis kerana tiada Permit Perjalanan PKPB.
AMPANG:Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya berusia 15 tahun setiap minggu sejak Februari lalu.
Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa bertindak melarikan diri dari rumah dan pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 November lepas sebelum ditahan polis kerana tiada Permit Perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, mangsa kemudian menceritakan ingin pulang ke Kuala Nerang, Kedah kerana tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya.
“Siasatan mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali tanpa pengetahuan sesiapa.
“Suspek akan merogol mangsa di awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Akibat dari perbuatan ini, mangsa berasa takut dan pernah bertindak cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai.
"Kejadian berlaku (cubaan bunuh diri) pada bulan Jun 2020 dan tiada laporan polis diterima” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Menurutnya, suspek telah ditahan polis pada 2 November lalu di rumahnya di Bukit Antarabangsa dan direman mulai 2 hingga 6 November untuk siasatan lanjut.
“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes rogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan (sumbang mahram),” ujarnya.
Tambah beliau, mangsa yang masih bersekolah Tingkatan Empat di Ampang merupakan anak tunggal dan kedua-dua ibu bapanya bercerai pada tahun 2004 selepas dia dilahirkan.
“Sebelum ini mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang. Pada bulan September 2019, bapa kandung (suspek) telah mendapat hak penjagaan dan telah membawanya tinggal bersama di Bukit Antarabangsa.
“Mereka tinggal berenam bersama ibu tiri dan empat adik tiri,” katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu melakukan rogol secara sumbang mahram dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan juga sebat jika disabitkan bersalah.
Topic Berkaitan
#rogol
#bapa
#kandung
#anak
#rogol anak
#Ampang
#Ampang Jaya
#polis
#mangsa
#suspek
#siasatan
#remaja
#keluarga
#PKPB
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan