awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE

Bernama
Bernama
25/01/2026
11:01 MYT
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Sebuah motosikal dipercayai telah bergesel sesama sendiri menyebabkan penunggang hilang kawalan sebelum terbabas dan mengakibatkan motosikal lain berlanggar antara satu sama lain. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal di Kilometer 8.2 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Kulim awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.30 pagi yang berlaku di laluan kereta.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemua lapan motosikal berkenaan sedang bergerak dari Seberang Jaya menghala ke Kulim.
"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah motosikal dipercayai telah bergesel sesama sendiri menyebabkan penunggang hilang kawalan sebelum terbabas dan mengakibatkan motosikal lain berlanggar antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi berkata pelanggaran itu mengakibatkan seorang penunggang terjatuh ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan yang memisahkan lorong motosikal dan lorong kereta.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
"Tujuh lagi penunggang berusia antara 18 hingga 22 tahun dirawat di hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki," katanya.
Helmi berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#remaja maut
#kemalangan motosikal
#bergesel
#Lebuhraya Butterworth-Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami