awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2023
04:00 MYT
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah
Mohammad Hafizuddin (dua dari kiri) bersama pasukan peguamnya. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Bapa kepada tiga anak terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Mohammad Hafizuddin Mohammad, 31, di akhir kes pendakwaan.
Mohammad Hafizuddin yang sebelum ditahan merupakan 'beach boy' didakwa atas dua pertuduhan pindaan iaitu mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu Methamphetamin seberat 51,895 gram dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 13,794 gram.
Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mei 2020 jam lebih kurang jam 7 pagi di tepi pantai berhampiran Marina Bay, Batu 6, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.
Seramai tujuh saksi dipanggil sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 20 Mac lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala'udin Baharom manakala tertuduh diwakili Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.
Sementara itu, Mohammad Hafizuddin ditemui di luar kamar mahkamah meluahkan rasa syukur dan gembira atas keputusan mahkamah berkenaan.
Katanya, isterinya berdepan saat sukar sepanjang dia ditahan di penjara kerana perlu menanggung tiga anak yang masih kecil secara bersendirian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hukuman mati edar dadah
#bapa tiga anak
#terlepas hukuman mati
#Mahkamah Tinggi Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan