awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barang tiruan bernilai RM8 juta dirampas di KL sepanjang 2021

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2021
22:45 MYT
Barang tiruan bernilai RM8 juta dirampas di KL sepanjang 2021
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas barangan tiruan bernilai RM8 juta dalam Ops Jeriji sepanjang tahun 2021 di sekitar ibu negara. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas barangan tiruan dengan nilai mencecah RM8 juta menerusi Ops Jeriji yang dijalankan di sini sepanjang tahun 2021.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, operasi penguatkuasaan perlindungan harta intelek giat dijalankan selepas memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurutnya, sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka sepanjang 2021 membabitkan seramai 19 warga tempatan dan empat warga asing.
"Sebanyak 58 kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 telah diambil dengan jumlah sitaan sebanyak 294,676 unit dan nilai sitaan sebanyak RM7,101,426.
"Sebanyak lapan kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 telah diambil dengan jumlah sitaan sebanyak 36,176 unit dan nilai sitaan berjumlah RM 891,942," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Nurul Syarina memberitahu, pihaknya turut mengambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 melibatkan sebanyak tiga kes dengan sitaan sebanyak tujuh unit barangan bernilai RM18,400.
"Jenis barang tiruan yang paling tinggi disita adalah melibatkan pakaian, beg, kasut, aksesori dan peralatan elektronik," jelasnya.
Dalam pada itu, pihaknya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak melanggar undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar.
"Orang ramai juga diminta untuk tidak bersubahat dengan membeli barangan tiruan berjenama daripada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi [email protected] atau aplikasi Whatsapp di talian 019- 279 4317," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#barang tiruan
#KPDNHEP
#Nurul Syarina Md Anuar
#barang sitaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan