Skip to main content

Malaysia

Bas Causeway Link Singapura-JB tanpa tunai mulai 20 Ogos

Sumber: FB Causeway Link
Menurut Causeway Link, pilihan pembayaran di dalam bas termasuk Visa dan Mastercard, ManjaLink, aplikasi LUGO serta kad ezLink. - Facebook Causeway Link
Advertisement

SINGAPURA: Pengguna perkhidmatan bas rentas sempadan Causeway Link dari stesen Newton dan Queen Street di Singapura ke Johor Bahru akan beralih sepenuhnya kepada pembayaran tanpa tunai bermula Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook, pengendali bas itu memaklumkan pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam bas, namun penumpang masih boleh membeli tiket menggunakan wang tunai sebelum menaiki bas.

Menurut Causeway Link, pilihan pembayaran di dalam bas termasuk Visa dan Mastercard, ManjaLink, aplikasi LUGO serta kad ezLink.

Bagi transaksi tunai, penumpang boleh membeli tiket di kiosk ManjaLink di Queen Street atau daripada petugas Causeway Link di Newton.

 

Menurut laman sesawang rasminya, pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam semua perkhidmatan bas rentas sempadan dan bas pengantara Causeway Link mulai 1 Okt 2026.

Langkah terbaharu itu bertujuan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih pantas dan lancar kepada penumpang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement