awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbabas, 17 penumpang selamat

Bernama
Bernama
30/08/2018
01:31 MYT
Bas ekspres terbabas, 17 penumpang selamat
Bas yang membawa 17 penumpang terbalik di tepi lebuh raya dan pemandu serta pembantunya dilaporkan cedera. - Gambar hiasan
Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila bas yang dinaiki terbabas dalam kejadian di KM298 Lebuhraya Plus arah Selatan, di sini awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Rosman Majid berkata bomba menerima panggilan pada 2.15 pagi tadi berhubung kejadian itu.
Beliau berkata tujuh jentera FRT dan dua jentera EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya kami di lokasi mendapati bas yang membawa 17 penumpang itu telah terbalik di tepi lebuh raya dan pemandu serta pembantunya, masing-masing berusia 60 dan 59 tahun dilaporkan cedera," katanya ketika dihubungi.
Turut cedera dalam kejadian itu adalah seorang penunggang motosikal berusia 59 tahun yang terjatuh ketika melalui kawasan itu.
“Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Siasatan awal mendapati kemalangan bukan kerana kecuaian, tapi dipercayai lebih kepada masalah teknikal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangi
#bas
#bas ekspres
#bomba
#Hospital Serdang
#kecuaian
#kemalangan
#Lebuhraya PLUS
#masalah teknikal
#penunggang motosikal
#Rosman Majid
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan