Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong dekat Rompin petang ini.
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Rompin Abdul Satar Harun berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.
"Sesampai di lokasi kejadian kita dimaklumkan bahawa seorang penumpang wanita cedera telah dibawa ke hospital, saya difahamkan penumpang itu patah kaki.
"Lapan belas penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abdul Satar berkata seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan kekuatan sebuah jentera.
Beliau berkata difahamkan bas ekspres itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba masuk ke simpang secara mengejut. -Bernama
Bernama
Sat Sep 17 2016
Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong. -Twitter Jabatan Bomba & Penyelamat
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bas jatuh ke lereng bukit, 19 penumpang nyaris maut
Bomba mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.