awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terbalik di Yong Peng, lima cedera

Bernama
Bernama
12/09/2018
04:17 MYT
Bas terbalik di Yong Peng, lima cedera
Keadaan bas yang terbalik, awal pagi tadi. -Foto Sinar Harian
Seramai 16 penumpang mengalami detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 89.1 Lebuhraya Ayer Hitam-Yong Peng arah Utara di sini, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh berkata, nahas kira-kira jam 1.20 pagi itu berlaku apabila bas ekspres dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan dan terbabas sehingga menghalang lalu lintas.
Menurut beliau, akibat kemalangan itu, pemandu bas berusia 27 tahun bersama empat penumpang cedera dan dirawat ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
"Manakala baki yang lain hanya mengalami cedera ringan. Dalam masa sama, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang cuba mengelak daripada kemalangan itu turut terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Hasil siasatan mendapati keadaan jalan lurus dengan dua lorong sehala. Semasa kejadian, cuaca juga adalah baik, dan kawasan gelap tidak berlampu," katanya.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 87.
Sementara itu, seorang pegawai bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#bas ekspres
#halang lalu lintas
#hilang kawalan
#Hospital Sultanah Nora Ismail
#HSNI
#KS Mender Singh
#Lebuhraya Ayer Hitam-Yong Peng
#Seksyen 43
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan