KUALA LUMPUR: Basikal Raleigh Chopper dibeli oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak menggunakan wang Seri Paduka Baginda sendiri antara tarikan istimewa Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara bermula hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata basikal berkenaan merupakan antara koleksi peribadi Seri Paduka Baginda dan ia dibawa khas dari Johor khusus untuk pameran berkenaan.
Beliau berkata Jabatan Muzium Malaysia amat teruja kerana Sultan Ibrahim telah memberi perkenan agar pelbagai barangan peribadi Seri Paduka Baginda yang mempunyai kisah serta nostalgia tersendiri dipertontonkan kepada rakyat termasuk pengunjung antarabangsa.
"Basikal itu antara barangan utama yang dibeli oleh Tuanku (Sultan Ibrahim), pastinya mempunyai nilai sentimental kepada Tuanku, kerana ia dibeli sendiri oleh Sultan Ibrahim ketika zaman kanak-kanak hasil daripada menjual botol dan besi buruk," katanya kepada Bernama di sini.
Pameran Raja Kita di Galeri 1 dan 2 di Muzium Negara dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 semalam.
Dibuka kepada orang ramai hingga 29 Sept, Pameran Raja Kita ialah sebahagian daripada acara yang disusun bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sabtu lepas.
Kisah Raleigh Chopper itu pernah dikongsikan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam catatan Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada 11 Sept 2015 dan Seri Paduka Baginda menyifatkan basikal berkenaan ialah "cinta pandang pertama".
Seri Paduka Baginda berkongsi bahawa Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Iskandar Ismail tidak memanjakan anakanda dengan duit, oleh sebab itu Sultan Ibrahim mengambil keputusan berusaha mencari wang untuk membeli basikal idaman berkenaan.
"Saya sendiri tidak berani untuk meminta duit daripada Almarhum. Saya mahukan sangat basikal yang berharga RM120 itu, tetapi tidak berani untuk meminta daripada Almarhum. Maka, saya berfikir cara mencari duit sendiri untuk membeli basikal Chopper itu," titah Seri Paduka Baginda.
Selepas tiga bulan berusaha mengumpulkan botol dan besi buruk di pekarangan istana dan memperoleh wang hasil menjual barangan itu, Seri Paduka Baginda akhirnya dapat membeli basikal idaman.
"Untuk tiga bulan, saya kutip botol dan besi buruk di pekarangan istana. Botol dan besi buruk itu saya jual pula pada orang karung guni. Satu botol lima sen, satu kati besi buruk tiga sen.
"Rasanya sangat puas, (basikal) disimpan di dalam bilik tidur saya dan hari-hari saya polish (gilap). Satu hari, Almarhum (Sultan Iskandar) bertanya mana saya dapat duit beli Chopper itu, dan saya ceritakan. Almarhum tahu saya pandai cari duit sendiri.
"Apa yang penting ialah hasil titik peluh, inisiatif dan ketekunan, walaupun kena kutip botol dan besi buruk sekalipun, ia tetap satu usaha menuju kejayaan," titah Seri Paduka Baginda dalam perkongsian berkenaan.
Selain basikal itu, motosikal Harley Davidson bercorak belang harimau yang sering digunakan Sultan Ibrahim dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) dan program Minggu Permotoran Malaysia 2013 juga dipamerkan.
Turut menjadi tarikan pada pameran itu, kereta beroda tiga Morgan buatan British yang direka khas bersempena dengan KMJ 2017 mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim ketika menjelajah ke beberapa daerah di Johor.
Kenderaan unik berwarna hijau pucuk pisang, tidak berpintu dan tanpa bumbung itu diletakkan di tengah-tengah galeri pameran yang turut menempatkan beberapa koleksi peribadi lain Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Menerusi pameran itu juga, pengunjung berpeluang melihat Mahkota Kerajaan Johor dan Mahkota Permaisuri yang digunakan semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor pada 2015 dan kali pertama ia dibawa keluar dari negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Basikal Chopper Raliegh yang dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Muzium Negara. - Foto BERNAMA
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Basikal Raleigh Chopper Sultan Ibrahim tarikan pameran Raja Kita
Basikal berkenaan merupakan antara koleksi peribadi Seri Paduka Baginda dan ia dibawa khas dari Johor.