awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batal penerbangan ke Sarawak hanya undang implikasi lebih buruk - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2020
11:08 MYT
Batal penerbangan ke Sarawak hanya undang implikasi lebih buruk - Abdul Karim
Abdul Karim sifatkan jika benar penerbangan ke Sarawak dibatalkan, ia sepatutnya terlebih dahulu dibincang bersama kerajaan negeri. - Foto Astro AWANI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dimaklumkan kesemua penerbangan ke negeri ini dibatalkan selama dua minggu bermula 15 hingga 30 April ini.
Meskipun belum ada kenyataan rasmi mengenainya, keputusan berkenaan, sekiranya berlaku, disifatkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai tidak wajar.
Kata Abdul Karim tindakan berkenaan secara langsung akan jejaskan kemasukan bantuan penting ke Sarawak.
"Kalau ditutup terus pintu masuk, topeng mulut dan keperluan lain yang kita tempah untuk mengekang COVID-19 ini dan juga makanan makanan yang diimport serta buah buahan dan sebagainya tidak akan dapat masuk untuk 2 minggu.
"Ini akan menyebabkan kekurangan mendadak di sini dan boleh menyebabkan harga barang melonjak naik," jelasnya dalam sidang media khas JPBNS di sini, hari ini.
Susulan itu kata Abdul Karim memaklumkan kerajaan Sarawak akan berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara berkenaan.
"JPBN Sarawak telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai isu tersebut," ujarnya.
Tambahnya lagi pembatalan penerbangan itu sekiranya dilakukan, bakal mencetuskan panik dalam kalangan rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung dan Sabah.
Secara tidak langsung menyaksikan peningkatan mendadak jumlah rakyat Sarawak yang hendak pulang dalam tempoh dua hari ini.
"Saya percaya makin ramai ibu ibu bapa bapa mahu anak mereka atau mereka sendiri balik," katanya.
Sementara itu semakan Astro AWANI di laman web tiga syarikat penerbangan negara mendapati tiada penerbangan ke Kuching dalam tempoh yang dimaklumkan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#batal
#COVID-19
#Malaysia
#menteri
#panik
#penerbangan
#rakyat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan