awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2024
07:58 MYT
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Anwar bertemu pelajar selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Darul Ulum, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Putrajaya, Presint 11. - Gambar/ FB KPM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu diwujudkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Tak timbul pun (dendam), masa jawatankuasa pasukan khas itu dibuat... sebelum saya pun (jadi Perdana Menteri), itu masa Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Perdana Menteri… menterinya, Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) menterinya, Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).
“Dia (RCI) ada buat dah findings (dapatan) dia lebih teruk lagi jadi tak usah (main dendam). Itu biasalah, tapi dia buat (keputusan) dulu macam mana? Takiyuddin buat masa tu, Hamzah.
"Ini soal wilayah, mana boleh ada ke negara yang mengizinkan mudah begitu serah (Pulau Batu Puteh)... tak boleh, itu prinsip kita," katanya di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Darul Ulum, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Putrajaya, Presint 11.
Mengulas mengenai tindakan terhadap Dr Mahathir, Anwar berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara.
"Saya tak cadang apa-apa (tindakan terhadapDr Mahathir) itu saya serah pada Jabatan Peguam Negara,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, RCI dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Prosiding itu diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Kabinet diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Susulan syor RCI itu, pembangkang mendakwa terdapat unsur dendam dan berniat jahat terhadap seseorang individu.
Sebelum itu, Dr Mahathir menjelaskan, keputusan berkait pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Batu Puteh
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#RCI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan